Wednesday, 7 August 2013

Kutip Amalan - Amalan Sunat di Malam Raya



Amalan Sunat Di Malam Raya AidilFitri | DALAM tempoh lebih kurang seminggu lagi, Syawal bakal menjelma, sekali gus meninggalkan Ramadan yang berlalu pergi. Tidak dinafikan pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai.

Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang membuat persiapan menyambut hari raya.

Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya kerana

kutip Info - 4 Khasiat Mentega Kacang.

Gambar Hiasan
1 - Kaya protein
Adakah anda tahu 24 peratus daripada satu balang mentega kacang diperbuat daripada protein? Protein membantu mengekalkan ketahanan tubuh dalam membina dan memulihkan tisu otot. Kandungan protein dalam mentega kacang agak tinggi iaitu dua sudu makan mentega kacang bersamaan dengan 7 gram protein yang menjadikan mentega kacang adalah pilihan terbaik untuk snek. 

2 - Mengandungi lemak baik
Kesalahan yang seringkali dikatakan oleh orang ramai ialah mentega kacang tidak baik untuk tubuh kerana kandungan lemak di dalamnya. Sebenarnya, lemak yang terdapat dalam mentega kacang tersebut adalah lemak tak tepu. Lemak tak tepu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah selain memberi nutrien yang cukup kepada tubuh untuk merendahkan risiko penyakit jantung. 

3 - Sumber vitamin dan mineral
Mentega kacang merupakan sumber vitamin E dan B6, zat besi, folat, kalsium dan penuh dengan Niacin yang memainkan peranan penting dalam merembeskan hormon seks dan mencegah daripada penyakit Alzheimer. 

4 - Kandungan serat yang tinggi
Tubuh badan manusia memerlukan serat untuk mengawal sistem penghadaman untuk organ dalaman yang sihat. Serat juga berupaya mengawal perut anda sewaktu kenyang. Kandungan protein dan serat yang tinggi mampu mengawal paras gula dalam darah lebih-lebih lagi jika anda menghidap kencing manis.



Sumber Di-Kutip

Tuesday, 6 August 2013

Kutip Info - Tips Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN
ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 
         Nama dan alamat
         Nombor telefon yang mudah dihubungi
         Tarikh berlepas dan balik
         nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & 
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA”

POLIS SELANGOR
HOTLINE
03-2052 9999

POLIS BUKIT AMAN
HOTLINE
03-2031 9999


Sumber Di-Kutip

Kutip Info - Senarai Lebuhraya Diskaun Tol Sempena Aidilfitri 2013

Gambar Hiasan
Senarai Lebuhraya Diskaun Tol 5 Hingga 37.5 Peratus Sempena Aidilfitri 2013

Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA)
Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
Lebuh Raya SMART
Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)
Lebuh Raya Senai Desaru (SDE)
Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT) 


Senarai Lebuhraya PLUS Rebat Tol 20% Smartag Touch n Go

Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar
Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) 
Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 
Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)

Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang

Monday, 5 August 2013

Kutip Kisah - Ringkasan: Kisah Nabi Idris A.S.

Gambar Hiasan
Lalu Nabi Idris AS dan malaikat menerusakan perjalanan sampai empat hari lamanya dan selama itu pula Nabi Idris AS menemukan keanehan yang ada pada Malaikat itu dan 
Nabi Idris AS bertanya: ”Hai tuan, kamu ini sebenarnya siapa?”,

Malaikat itu menjawab: ”Saya adalah malaikat pencabut nyawa”.

Nabi Idris AS bertanya:” Apakah kamu akan mencabut nyawa manusia?”,

Malaikat menjawab:”Ya”,

Nabi Idris AS bertanya: ”Apakah kamu juga mencabut nyawa selama dalam perjalanan bersama saya?”,