Belum selesai ISU MAKI HAMUN ORANG TUA di lapangan terbang, Isteri Mat Yo buat hal lagi dan kali ni melibatkan penghinaan sehingga menggelakan seseorang dengan gelaran "ANJING"
Wednesday, 25 September 2013
Kutip Cerita - Panas: Isteri Norshahrul Idlan Talaha (MAT YO) Marah Pak Guard. (video)
Heboh apabila video yang dikatakan isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) ini tersebar memaki-hamun kerana disuruh mengalihkan keretanya ke tempat parking yang betul.
Kalau betul ianya isteri beliau, bukan salah kau Mat Yo dapat bini kurang ajar macam ni. Itulah jadi bila hidup berlandaskan darjat. Dia suami pemain bola terkenal dan mentang-mentanglah pakcik tu pak guard sahaja. Hormatilah orang tua. Apa perasaan kalau ayah kita yang diperlakukan macam tu?
Sumber DiKutip
Tuesday, 24 September 2013
Kutip Berita - Pelatih PLKN Muadzam Shah mati dibunuh
Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan
memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.
Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.
Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek tumpul.
Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.
Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.
Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.
Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.
Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.
Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.
Sumber DiKutip
Monday, 23 September 2013
Kutip Cerita : Berberak Dalam Swimming Pool.
Malang sunggunh nasib mereka yang pernah jadi begini. Terberak atau mungkin terkincit dalam kolam renang. Malu, malu, malu.
Kutip Info : Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus?
Gambar Hiasan |
Kalau yang biasa di kampung membesar
dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah
perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam
sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


