SEJARAH PENCIPTAAN
KOMPUTER
Sejarah
penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang
sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan
dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000
tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas
campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal |
Blaise Pascal merupakan
seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623.
Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal
yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole |
George Boole adalah
seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah
mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan
simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam
komputer.
Charles Babbage |
Charles Babbage dilahirkan
pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah
membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan
pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan
mesin lain iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat
melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat
dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada
masa sekarang iaitu mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit
kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron |
Augusta Ada Byron membantu Charles
Babbage dalam membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical
Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan
menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil
sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains
supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith |
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABCsebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.
Sumber Di-Kutip
No comments:
Post a Comment