Showing posts with label hukum umrah. Show all posts
Showing posts with label hukum umrah. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

Kutip Hukum - Hukum Ibadah Umrah



IBADAH UMRAH

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Definisi Umrah.

Definisi Umrah mengikut syara' ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadat ibadat  tertentu iaitu Tawaf, Sa'I, bertahallul dan sebagainya.

Hukum Ibadat Umrah

Mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam Mazhab Maliki, Ibadah Umrah adalah sunat mua'akkadah yang mana ia adalah sunat yang digalakkan. Dan pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib dilakukan  seumur hidup sekali dan jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan pada bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji.