Showing posts with label khairi jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label khairi jamaluddin. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

Kutip Cerita - Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin

Sumber 
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menegur tindakan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka agar menghormati mereka yang lebih berusia.

Teguran tersebut dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 selepas dia membaca kenyataan Khairy Jamaluddin di sebuah akhbar tempatan yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.
"Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.