Akibat sering diganggu dengan komen dan kritikan
sehingga boleh menjatuhkan maruahnya, aktres jelita Lana Nodin membuat
keputusan menyekat lebih 10,000 pengikutnya di laman sosial foto
Instagram.
Jelas aktres yang diberikan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini, tujuan dia mempunyai akaun Instagram adalah untuk berkongsi saat-saat manis bersama peminat namun itu bukan bermakna ia boleh dilakukan sesuka hati.
"Saya tak mahu Instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam."