Wednesday, 13 November 2013

Kutip Berita : Kes dera - Pemilik Taska Didakwa Aniaya Kanak-Kanak Lelaki.

Rozita AwangPemilik Taska Permata Harapan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pemilik Taska Permata Harapan hari ini
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap
pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Rozita Awang, 35, didakwa menganiaya mangsa berumur setahun lapan bulan yang berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Friday, 11 October 2013

Kutip Info - Info Kesihatan: 5 Mitos Diet Yang Menggemukkan

Gambar Hiasan

Tahukah anda bahawa strategi diet anda berkemungkinan tidak akan berhasil sama sekali? Di sini, kami menyenaraikan 5 mitos diet yang sebenarnya menghalang anda daripada mencapai berat badan yang anda inginkan.


Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Mengapakah?

Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda 'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang. Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan.

Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka. Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air lemon atau limau.

Wednesday, 25 September 2013

Kutip Berita - Adam, Fiza Elite bakal nikah 26 September ini.


24 Sep- Penyanyi kacak Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon dan juga penyanyi bekas kumpulan Elite iaitu Fiza pada khamis ini.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, walaupun mereka masih baru berkenalan iaitu pada Ramadan lalu, namun Adam menyatakan pintu hatinya terbuka luas untuk menerima Fiza dalam hidupnya.

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, InsyAallah.," Ujar Adam kepada Berita Harian.

Sementara itu, Fiza berkata, perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang singkat ini berlaku atas ketentuan Allah.


Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, dan dikurniakan dua cahaya mata, namun telah bercerai pada 4 November 2010.

Sumber DiKutip

Kutip Cerita - EKSKLUSIF: Cerita Disebalik Pergaduhan Isteri Mat Yo & Pengawal Keselamatan.


Sebelum ini kami ada menyiarkan cerita tentang isteri kepada seorang pemain bola sepak iaitu Mat Yo yang marahkan seorang pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang berkaitan parking. Masalah timbul apabila isteri Mat Yo ni parking di tempat yang tidak sepatutnya dan di tegur beberapa kali oleh pengawal keselamatan di situ.

Kutip Cerita - Isu Gelaran Anjing: Sah Mat Yo Lelaki Dayus, Takut Bini.



Belum selesai ISU MAKI HAMUN ORANG TUA di lapangan terbang, Isteri Mat Yo buat hal lagi dan kali ni melibatkan penghinaan sehingga menggelakan seseorang dengan gelaran "ANJING"