 |
| Gambar Hiasan |
Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa
untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah
anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan
emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa
fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda
seperti berikut:
Lemak terdapat dalam pelbagai warna
Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi
dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang
berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat.
Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah,
malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang
dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90%
lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan
untuk kalori tambahan.
Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya
dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis
mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan
menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang
sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak
akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat.
Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat
menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk
mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif
melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat
kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan
makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar
sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.
 |
| Gambar Hiasan |
Tahukah anda bahawa strategi diet anda berkemungkinan tidak akan
berhasil sama sekali? Di sini, kami menyenaraikan 5 mitos diet yang
sebenarnya menghalang anda daripada mencapai berat badan yang anda
inginkan.

Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa
kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya
pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan.
Mengapakah?
Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang
merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan
tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting
untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang
dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan
anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda
'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan
dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang.
Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus
menyebabkan pertambahan berat badan.

Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula
jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis
seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka.
Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air
lemon atau limau.
Duduk, ia adalah suatu perbuatan dan aktiviti yang sangat di gemari oleh kebanyakkan orang. tidak kiralah siapa pun merekan. Ini kerena kebanyakkan orang merasakan duduk adalah merupakan sesuatu yang melegakan dan selesa. Ya, memang benar. Tapi adakah ia bagus untuk kesihatan kita jika ia diamalkan secara berlebihan. Ketahuilah, dengan bank\yak duduk juga boleh membawa maut kepada seseorang.
Kebanyakan kita DUDUK sekurang-kurangnya lapan jam setiap hari, ini mungkin menjadi perkara yang paling buruk yang dilakukan untuk kesihatan kita seharian.