| Gambar Hiasan |
Lemak terdapat dalam pelbagai warna
Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan.
Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat.
Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.




