Wednesday, 24 July 2013

Kutip Berita - Isu Pelajar Bukan Islam Makan Di Dalam Tandas



Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Tuesday, 23 July 2013

Kutip Cerita - “Saya Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose” – Pekin Ibrahim



Sebelum ini melalui gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Uqasha Senrose menimbulkan tanda tanya tentang hubungan cintanya bersama pelakon Pekin Ibrahim. Ada gosip yang mendakwa mereka telah pun berpisah angkara orang ketiga.
Namun, Pekin tampil membuat pengesahan bahawa hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah.
“Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat. Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun,” ujar Pekin Ibrahim.
Malah, Pekin juga membuat pengakuan bahawa dia dan keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan telah pun bertunang pada awal bulan ini.
“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut.

Sumber Di-Kutip

Kutip Infographic - Android vs iPhone 1

6 perkara menarik yang boleh kita pertimbangkan berkaitan infpgrafik di bawah

Penilaian atas kehendak masing-masing.



Kutip Berita : Ainan Tasneem Kemalangan di Lebuhraya NPE.

Ainan Tasneem


Kemalangan sering berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira siapa baik orang awam, menteri, pegawai atasan mahupun artis. Ainan Tasneem artis yang sedang meningkat naik ini telah mengalami kemalangan di Lebuhraya NPE. Baca berita penuh.

Monday, 22 July 2013

Kutip Berita - Budak 3 Tahun Mati dalam Kereta selepas 5 Jam ditinggalkan.





Budak 3 Tahun Mati Lemas, Ibu Tak Perasan Anak 5 Jam dalam Kereta - Ujian ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang ada perkara yang berlaku sememangnya tidak dapat diterima akal manusia biasa. Dan kita akan berkata. “Cuainya Dia”. Tapi itulah yang di katakan tadir dan penyebab terjadinya sesuatu.
Inilah yang berlaku kepada seorang ibu kepada anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, yang mati akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam di dalam kereta Perodua Myvi miliknya bermula pukul 11.30 pagi hari Khamis.
Mayat kanak-kanak malang tersebut hanya ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sebuah sekolah menengah di USJ4, pada pukul 5.30 petang. Ketika ditemui, muka Nawal kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.

p/s: Difahamkan, puan Nor Zatusy tidak sedikit pun meyedari anaknya berada di tempat duduk belakang kereta miliknya, sehinggalah kejadian berlaku. Mungkin ada yang akan berkata “Camna boleh tak perasan”. Tapi itulah yang terjadi dan ini yang dinamakan takdirkan. Semoga beliau tabah dengan ujian ALLAH.