Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Kutip Berita - Anak Ahmad Dhani Mungkin Akan Dipenjara.



Anak kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia Ahmad Dhani, Dul mungkin akan dipenjarakan selepas menjadi punca nahas ngeri hingga meragut 7 nyawa.
Walaupun Ahmad Dhani sanggup menjadi menggantikan anaknya jika dipenjara , tetapi sebagai individu yang menjadi penyebab nahas, Dul yang sepatutnya menanggung hukuman tersebut.
Jika disabitkan kesalahan berikutan kecuaian,pemuda berusia 13 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun, tambahan pulak kes itu mendapat liputan meluas media memandangkan dia anak kepada penyanyi terkenal.

Friday, 2 August 2013

Kutip Berita - Chua Boon Huat : Ikut jejak Ayah


KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air.
Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.

Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.

Thursday, 1 August 2013

Kutip Berita - Pemain Hoki Kebangsaan Maut.

Chua Boon Huat
PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi tadi.
Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya. 

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. - Bernama

Tuesday, 23 July 2013

Kutip Berita : Ainan Tasneem Kemalangan di Lebuhraya NPE.

Ainan Tasneem


Kemalangan sering berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira siapa baik orang awam, menteri, pegawai atasan mahupun artis. Ainan Tasneem artis yang sedang meningkat naik ini telah mengalami kemalangan di Lebuhraya NPE. Baca berita penuh.