Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Kutip Petua - Kaedah Penjagaan Rambut Yang Betul.

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak) | BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.


Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.
Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehing­ga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran me­ngambil masa 100 hari.

Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

Terdapat tiga jenis rambut iaitu:

1. Rambut berminyak 
Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.

Wednesday, 20 November 2013

Kutip Info - Apa itu Resdung?

 Resdung,sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut!!!



APA ITU RESDUNG?


Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!