![]() |
| KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air. |
Petaling Jaya: “Dia merancang untuk
berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,”
kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon
Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku di Kilometer 10.4,
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini,
kira-kira jam 2.25 pagi.
Boon Huat, 33, mati di tempat
kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana
dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.

