Tuesday, 24 June 2014

Kutip Hukum - Hukum Ibadah Umrah



IBADAH UMRAH

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Definisi Umrah.

Definisi Umrah mengikut syara' ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadat ibadat  tertentu iaitu Tawaf, Sa'I, bertahallul dan sebagainya.

Hukum Ibadat Umrah

Mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam Mazhab Maliki, Ibadah Umrah adalah sunat mua'akkadah yang mana ia adalah sunat yang digalakkan. Dan pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib dilakukan  seumur hidup sekali dan jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan pada bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji.

Kutip Amalan - Doa untuk menyambut kedatangan Ramadhan

Assalamualaikum, Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah bagi mereka yang bersungguh sungguh mencari pahala dan redha Allah swt.

Adakan kita tergolong dalam golongan orang orang yang berusaha dalam mencari redha Allah swt?

Seandainya kita belom pernah membaca doa bulan Rejab. Masih belom terlambat untuk memulakannya. Walaupun hanya tinggal baki beberapa hari lagi untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak. 

Selamat beramal.... - Doa semoga kita bertemu dengan bulan Ramadhan.



Friday, 22 November 2013

Kutip Gambar - Bersyukur elak rasa takbur

Bersyukur mencegah tumbuhnya perasaan takbur.

Semoga kita menjadi orang yang tidak lupa untuk mensyukuri nikmat Allah.


Thursday, 21 November 2013

Kutip Gambar - Gambar: Unik, Menarik, Kreatif (V1)




Kutip Petua - Kaedah Penjagaan Rambut Yang Betul.

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak) | BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.


Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.
Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehing­ga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran me­ngambil masa 100 hari.

Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

Terdapat tiga jenis rambut iaitu:

1. Rambut berminyak 
Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.