Friday, 2 August 2013

Kutip Berita - Chua Boon Huat : Ikut jejak Ayah


KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air.
Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.

Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.

Thursday, 1 August 2013

Kutip Berita - Pemain Hoki Kebangsaan Maut.

Chua Boon Huat
PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi tadi.
Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya. 

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua merupakan antara pemain hoki negara paling lama yang mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. - Bernama

Kutip Info - Sejarah Penciptaan Komputer


SEJARAH PENCIPTAAN KOMPUTER

 Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani.

Kutip Info - Pengenalan Komputer.

Desktop


Salam, pembaca Blog Kutip Cerita (KC) sekalian. Entry kali ni KC nak share sedikit info berkenaan pengenalan kepada sebuah mesin yang sering kita guna dalam kehidupan kita seharian. Tak kira la samada kita dari bandar mahupun dari kampung, berkerja di pejabat atau sebagai surirumah tangga. Komputer, merupakan alatan yang menjadi satu kemestian kepada kita dalam era globalisasi kini.

Wednesday, 31 July 2013

Kutip Kisah - Kisah Sahabat Nabi Yang Bertemu Dajjal Di Pulau Misterius

Gambar Hiasan
 Namanya Tamim bin Aus bin Kharijah Ad-Dari, Abu Ruqayyah. Beliau salah seorang shahabat rasul yang mulia. Namanya tidak asing bagi kaum muslimin, beliau memeluk islam ketika Rasulullah di Madinah. Sepeninggal Khalifah Osman bin Affan, Tamim meninggalkan kota Madinah dan menetap di Baitul Maqdis hingga meninggal di sana pada tahun 40 H.
Shahabat inilah yang pernah melihat Dajjal dengan kedua matanya. Shahabat ini pulalah yang pernah berbicara dan mendengar pembicaraan Dajjal dengan kedua telinganya. Sebelum islam, Tamim beragama nasrani. Saat dirinya nasrani itulah dia melihat Dajjal. Hingga kemudian Allah lapangkan dadanya untuk menerima islam dan ia beritakan kisahnya kepada Rasulullah saw.Di Mana Tamim Ad-Dari melihat Dajjal? Bagaimana kisahnya ?