Akibat sering diganggu dengan komen dan kritikan
sehingga boleh menjatuhkan maruahnya, aktres jelita Lana Nodin membuat
keputusan menyekat lebih 10,000 pengikutnya di laman sosial foto
Instagram.
"Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana
mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya.
Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada
yang bagi komen dengan kata-kata lucah," ujarnya seperti dipetik dari
Malaysian Digest.
Jelas aktres yang diberikan jolokan Pamela
Anderson Malaysia ini, tujuan dia mempunyai akaun Instagram adalah untuk
berkongsi saat-saat manis bersama peminat namun itu bukan bermakna ia
boleh dilakukan sesuka hati.
"Saya tak mahu Instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan
ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi
aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka
kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya
macam-macam."