Thursday, 14 November 2013

Kutip Info - Keputusan UPSR 2013


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013 akan diumumkan pada 14 November 2013. Mereka yang menduduki UPSR 2013 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
Seramai 478,848 orang pelajar Tahun 6 di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2013 telah dijalankan pada 10 – 12 September 2013 yang lalu di 8,268 pusat peperiksaan.


Semakan UPSR Secara SMS

Keputusan UPSR 2013 boleh juga disemak secara SMS yang boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 14 November sehingga 12 tengah malam 20 November 2013.
Cara semakan keputusan UPSR 2013 secara SMS;
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar kepada 15888, contoh UPSR BC001A040 sms ke 15888.
  • Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.

Semakan Keputusan UPSR 2013


Permohonan Ke Tingkatan 1

Para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2013 ini jika berminat bolehlah membuat permohonan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Agama Menengah (SAM). Sila rujuk;


Calon-calon dari negeri Selangor juga boleh memohon program khas Yayasan Selangor bersama Kementerian Pendidikan, sila rujuk 


Sementara itu permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) telah pun ditutup, sila rujuk;


Sumber DiKutip

Kutip Cerita - Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin

Sumber 
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menegur tindakan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka agar menghormati mereka yang lebih berusia.

Teguran tersebut dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 selepas dia membaca kenyataan Khairy Jamaluddin di sebuah akhbar tempatan yang membidas bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur dalam kemelut menteri itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Teguran saya itu dibuat secara ikhlas tanpa ada kepentingan apa-apa.
"Apabila saya membaca kenyataan beliau dalam akhbar, sebagai orang biasa, saya terpanggil untuk membuat teguran," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.

Kutip Cerita - Lana Nordin Bengang Dikritik Peminat.



Akibat sering diganggu dengan komen dan kritikan sehingga boleh menjatuhkan maruahnya, aktres jelita Lana Nodin membuat keputusan menyekat lebih 10,000 pengikutnya di laman sosial foto Instagram.

"Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah," ujarnya seperti dipetik dari Malaysian Digest.

Jelas aktres yang diberikan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini, tujuan dia mempunyai akaun Instagram adalah untuk berkongsi saat-saat manis bersama peminat namun itu bukan bermakna ia boleh dilakukan sesuka hati.

"Saya tak mahu Instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam."

Wednesday, 13 November 2013

Kutip Teknik - Teknik Buat Duit Untuk Bakal Jutawan.


Cara Cepat Kaya 0% Usaha (betul ke ni?), 100% Untung (macam mustahil je....)

- KONGSI KUTIPAN -

Bila anda baca tajuk Cara Cepat Kaya, mungkin anda rasakan satu lagi skim cepat kaya telah muncul di online. Sebenarnya, 

Ini Bukan Skim Cepat Kaya

Anda was-was dengan apa yang anda baca ini?

Ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut....?

Sila klik di sini.


Kutip Info : Perkara yang anda tidak tahu mengenai lemak badan.

Gambar Hiasan
    Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda seperti berikut: 

Lemak terdapat dalam pelbagai warna

Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan. 

Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat.

Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.