Gambar Hiasan |
Tahukah anda bahawa strategi diet anda berkemungkinan tidak akan berhasil sama sekali? Di sini, kami menyenaraikan 5 mitos diet yang sebenarnya menghalang anda daripada mencapai berat badan yang anda inginkan.
Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Mengapakah?
Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda 'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang. Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan.