Budak 3 Tahun Mati Lemas, Ibu Tak Perasan Anak
5 Jam dalam Kereta - Ujian ALLAH datang dalam pelbagai
bentuk. Kadang-kadang ada perkara yang berlaku sememangnya tidak dapat diterima
akal manusia biasa. Dan kita akan berkata.
“Cuainya Dia”. Tapi itulah yang di katakan tadir dan penyebab terjadinya
sesuatu.
Inilah yang berlaku kepada seorang ibu kepada anak bongsu
daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, yang mati akibat lemas selepas
ditinggalkan selama enam jam di dalam kereta Perodua Myvi miliknya bermula
pukul 11.30 pagi hari Khamis.
Mayat kanak-kanak malang tersebut hanya ditemui oleh ibunya,
Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di
sebuah sekolah menengah di USJ4, pada pukul 5.30 petang. Ketika ditemui, muka
Nawal kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat
ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang
diletakkan di bawah panas terik.
p/s: Difahamkan, puan Nor Zatusy tidak sedikit pun meyedari
anaknya berada di tempat duduk belakang kereta miliknya, sehinggalah kejadian
berlaku. Mungkin ada yang akan berkata “Camna boleh tak perasan”. Tapi itulah
yang terjadi dan ini yang dinamakan takdirkan. Semoga beliau tabah dengan ujian
ALLAH.