Friday 15 November 2013

Kutip Info - Kelebihan & Kebaikkan Kacang Soya


KACANG SOYA DAN KESIHATAN

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000  tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalanganmasyarakat Cina.
Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-

  I.      Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.


  II.      Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.


  III.      Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.


  IV.      Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan. 


  V.      Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran. 

Kutip Berita - Anak Ahmad Dhani Mungkin Akan Dipenjara.



Anak kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia Ahmad Dhani, Dul mungkin akan dipenjarakan selepas menjadi punca nahas ngeri hingga meragut 7 nyawa.
Walaupun Ahmad Dhani sanggup menjadi menggantikan anaknya jika dipenjara , tetapi sebagai individu yang menjadi penyebab nahas, Dul yang sepatutnya menanggung hukuman tersebut.
Jika disabitkan kesalahan berikutan kecuaian,pemuda berusia 13 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun, tambahan pulak kes itu mendapat liputan meluas media memandangkan dia anak kepada penyanyi terkenal.