Friday 2 August 2013

Kutip Info - Lebih 50 Khasiat & Manfaat Buah Kurma



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.


Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Kisah buah kurma sering diperkatakan, terutama pada bulan Ramadhan bulan umat Islam mula Berpuasa Khasiat Tersembunyi Buah Kurma menurut Islam dan Sains amat luas sekali. Selain rasanya yang manis dan tahan lama malah tidak perlu dimasak, Rahsia Kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Kutip Berita - Revington: Kelu Hilang Boon Huat

Paul Revington
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara Paul Revington tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya atas kehilangan pemain negara Chua Boon Huat yang maut awal pagi semalam selepas Proton Perdana dipandunya terlanggar sebuah lori tangki menyiram pokok di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya.

Revington yang ditemui selepas melawat mendiang di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) hanya memberi komen ringkas dalam keadaan teresak-esak sebelum pulang awal.

“Saya bangga melihat kehadirannya di bilik persalinan setiap kali sebelum latihan dan perlawanan sejak dia kembali bersama skuad negara.

Kutip Berita - Chua Boon Huat : Ikut jejak Ayah


KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air.
Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.

Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.