Wednesday 24 July 2013

Kutip Berita - Isu Pelajar Bukan Islam Makan Di Dalam Tandas



Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti ‘Basuh tangan sebelum makan’, ‘Bersihkan tempat makan selepas makan’ malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti yang didakwa.

Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: “Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar.


“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas kantin tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan,” katanya.

Bilik Persalinan yang dijadikan tempat makan / Kantin sementara.


- Nampaknya ia bukanlah seperti yang didakwa sebelum ini. Jelas di sini, salah faham berlaku apabila pihak lain yang tidak mengetahui tentang keadaan / situasi sesuatu tempat telah silap membuat andaian.

No comments:

Post a Comment