Wednesday 25 September 2013

Kutip Berita - Adam, Fiza Elite bakal nikah 26 September ini.


24 Sep- Penyanyi kacak Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon dan juga penyanyi bekas kumpulan Elite iaitu Fiza pada khamis ini.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, walaupun mereka masih baru berkenalan iaitu pada Ramadan lalu, namun Adam menyatakan pintu hatinya terbuka luas untuk menerima Fiza dalam hidupnya.

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, InsyAallah.," Ujar Adam kepada Berita Harian.

Sementara itu, Fiza berkata, perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang singkat ini berlaku atas ketentuan Allah.


Sebelum ini, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, dan dikurniakan dua cahaya mata, namun telah bercerai pada 4 November 2010.

Sumber DiKutip

Kutip Cerita - EKSKLUSIF: Cerita Disebalik Pergaduhan Isteri Mat Yo & Pengawal Keselamatan.


Sebelum ini kami ada menyiarkan cerita tentang isteri kepada seorang pemain bola sepak iaitu Mat Yo yang marahkan seorang pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang berkaitan parking. Masalah timbul apabila isteri Mat Yo ni parking di tempat yang tidak sepatutnya dan di tegur beberapa kali oleh pengawal keselamatan di situ.

Kutip Cerita - Isu Gelaran Anjing: Sah Mat Yo Lelaki Dayus, Takut Bini.



Belum selesai ISU MAKI HAMUN ORANG TUA di lapangan terbang, Isteri Mat Yo buat hal lagi dan kali ni melibatkan penghinaan sehingga menggelakan seseorang dengan gelaran "ANJING"

Kutip Cerita - Panas: Isteri Norshahrul Idlan Talaha (MAT YO) Marah Pak Guard. (video)


Heboh apabila video yang dikatakan isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) ini tersebar memaki-hamun kerana disuruh mengalihkan keretanya ke tempat parking yang betul.

Kalau betul ianya isteri beliau, bukan salah kau Mat Yo dapat bini kurang ajar macam ni. Itulah jadi bila hidup berlandaskan darjat. Dia suami pemain bola terkenal dan mentang-mentanglah pakcik tu pak guard sahaja. Hormatilah orang tua. Apa perasaan kalau ayah kita yang diperlakukan macam tu?



Sumber DiKutip

Tuesday 24 September 2013

Kutip Berita - Pelatih PLKN Muadzam Shah mati dibunuh


  Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.
Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek tumpul.
Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.

Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.
Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.

Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.


Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.

Sumber DiKutip

Monday 23 September 2013

Kutip Cerita : Berberak Dalam Swimming Pool.

Malang sunggunh nasib mereka yang pernah jadi begini. Terberak atau mungkin terkincit dalam kolam renang. Malu, malu, malu.



Kutip Info : Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus?

Gambar Hiasan

Apakah jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat.

Kalau yang biasa di kampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.