Gambar Hiasan |
Kalau yang biasa di kampung membesar
dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah
perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam
sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.
Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk
bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup
selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat.
Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi
tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.
Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah
dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu
posisi biasa bagi orang barat.
Cerita asalnya di sini adalah untuk
mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi.
Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis
bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah yang dilampirkan.
Berak duduk membuatkan usus tercekik dan
najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan
kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah
lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.
Mungkin kita perasan dengan angka mereka
yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini
di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang
berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat.
Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.
Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk
sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan
anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang
jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.
Ajarlah anak-anak berak bertinggung.
Tak payah nak perkenalkan cara berak duduk sebab
ia sedikitpun tak ada faedah untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment