Wednesday 13 November 2013

Kutip Berita : Kes dera - Pemilik Taska Didakwa Aniaya Kanak-Kanak Lelaki.

Rozita AwangPemilik Taska Permata Harapan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pemilik Taska Permata Harapan hari ini
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap
pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Rozita Awang, 35, didakwa menganiaya mangsa berumur setahun lapan bulan yang berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.



 
Taska Permata Harapan, Taman Melati.

Ibu kepada enam cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang
tamu taska di Taman Melati, Sentul di sini pada 11.35 pagi, 18 Okt lepas
mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Suami wanita itu yang bekerja sebagai pemandu teksi hadir di mahkamah sambil memangku anak bongsunya berumur setahun setengah di tempat duduk awam bersama lima lagi anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin tetapi terpulang kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk memberikannya atau tidak.

MAHKAMAH-TASKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai enam anak yang masih kecil dan berasal daripada keluarga sederhana.

Muhammad Syazwan berkata anak guamnya memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang tempoh reman enam hari dan suami tertuduh yang merupakan penjaminnya berjanji akan membawa isterinya hadir di mahkamah pada perbicaraan kes itu.

Rozita kelihatan menangis di dalam kandang tertuduh semasa peguamnya
berhujah mengenai jaminan. Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis untuk sebutan. "Selepas mendengar rayuan peguam dan memandangkan tertuduh mempunyai anak yang masih kecil dan menyusu badan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin,"
katanya. Suami tertuduh membayar jaminan itu.

-- BERNAMA
BHA RV KLS NH

11/12/2013 17-33ST

Sumber DiKutip

No comments:

Post a Comment