Akibat sering diganggu dengan komen dan kritikan
sehingga boleh menjatuhkan maruahnya, aktres jelita Lana Nodin membuat
keputusan menyekat lebih 10,000 pengikutnya di laman sosial foto
Instagram.
Jelas aktres yang diberikan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini, tujuan dia mempunyai akaun Instagram adalah untuk berkongsi saat-saat manis bersama peminat namun itu bukan bermakna ia boleh dilakukan sesuka hati.
"Saya tak mahu Instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam."
Tambah Lana, 34, dia dapat mengesan beberapa pelajar yang menuntut di Australia mengutuknya di Instagram dan berborak sesama mereka menyatakan rasa puas hati apabila melihatnya melenting.
Malahan jelas pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nodin ini, dia sebenarnya tidak mahu terlalu memikirkan tetapi enggan bertolak ansur jika ianya melampaui batas dan menyebabkan dia bersikap lantang ketika membalas komen-komen tersebut.
"Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan."
"Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik-beradik saya."
"Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow (ikut) saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi janganlah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik," ujarnya lagi yang meminta agar peminat memahami bahawa artis juga manusia biasa dan mempunyai perasaan.
Dalam perkembangan lain, Lana juga baru sahaja tamat menjalani penggambaran telefilem berjudul "Lara Cinta Kasih" dimana dia memegang watak wanita bertudung.
Sumber DiKutip
No comments:
Post a Comment