Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak) | BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.
Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang.
Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut
tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik,
ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.
Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di
antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut
mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa
bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.
Waktu
rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur
sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila
keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut
anda.
Terdapat tiga jenis rambut iaitu:
1.
Rambut berminyak
Jenis
rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga
rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak,
mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.
Apabila
menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah.
Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi
iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.
2.
Rambut normal
Rambut
jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup.
Rambut tidak cepat kotor dan mengembang.
Rawatan
untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut
bagi mengekalkan kelembapannya.
3.
Rambut kering
Rambut
ini kelihatan mengembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan
kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif.
Rambut
jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah
apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.
Terlalu
kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.
Setiap
wanita akan mengalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah
keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini.
Kelemumur
berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku
pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada
keseluruhan kulit kepala.
Kelemumur
tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi
normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia
pertengahan dan tiada ketika tua.
Bagi
mereka yang mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut
gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal.
Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan
yang tidak sesuai.
Biasanya
wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun,
kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.
Keguguran
rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan
kulat atau bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan
perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan
protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada
pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut.
Petua Merawat Rambut Gugur Dan
Penjagaan Rambut Yang Betul
1
Kurangkan manipulasi rambut
Terdapat
banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat
memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk
tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan
kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut adalah
kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang
terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik
untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut
anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana
rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk
membentukkan gaya rambut.
2
Memilih sikat yang bergigi luas
Sikat
merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut
kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk
membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat
yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan
memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang
mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang
luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat
mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita.
3
Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi
Alat
yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan
rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting
sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk
mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan
mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus
yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus
tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di
samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan
oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat
pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus
malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera
4.
Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah
Rambut
adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu,
rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan
dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah
merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang
digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat
dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah
menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini
adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.
5
Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering
rambut
Seperti
yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka
menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin
panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein
bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya
penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus
menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut
sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah
dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi
adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan
dapat dikurangkan.
Cara
penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips
yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai
agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.
No comments:
Post a Comment