Paul Revington |
Kuala
Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara Paul Revington tidak dapat
menyembunyikan rasa sedihnya atas kehilangan pemain negara Chua Boon Huat yang
maut awal pagi semalam selepas Proton Perdana dipandunya terlanggar sebuah lori
tangki menyiram pokok di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen
LRT Kelana Jaya.
Revington yang ditemui selepas
melawat mendiang di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) hanya memberi
komen ringkas dalam keadaan teresak-esak sebelum pulang awal.
“Saya bangga melihat kehadirannya di
bilik persalinan setiap kali sebelum latihan dan perlawanan sejak dia kembali
bersama skuad negara.
“Dia seorang pemain dan individu yang hebat. Penampilan semulanya bersama skuad negara menakjubkan saya,” katanya.
“Dia seorang pemain dan individu yang hebat. Penampilan semulanya bersama skuad negara menakjubkan saya,” katanya.
Revington
yang membimbing skuad negara sejak Ogos tahun lalu berkata, beliau percaya Boon
Huat yang dikenalinya cukup komited bersama skuad negara.
Sumber Di-Kutip
No comments:
Post a Comment