Kurma
adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai
Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang
mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai
berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah
yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di
negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang
kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Kisah buah kurma sering
diperkatakan, terutama pada bulan Ramadhan bulan umat
Islam mula Berpuasa. Khasiat
Tersembunyi Buah Kurma menurut Islam dan Sains amat luas sekali. Selain
rasanya yang manis dan tahan lama malah tidak perlu dimasak, Rahsia
Kurma juga
mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah
Sallallahu alaihi Wasallam.
Berikut ialah Khasiat Tersembunyi Buah
Kurma yang jarang diperkatakan
1. Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan
bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba
dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
2. Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab,
nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak
diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.
3. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma
setiap hari tidak akan didekati jin?
4. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat
mengubati kemandulan wanita?
5. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling
penting bagi para angkasawan adalah kurma?
6. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat
daripada kaviar?
7. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah
pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari
penyakit-penyakit kulit?
8. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan
diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
9. Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap
sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana
ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?
10.
Tahukah
anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315
kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
11.
Tahukah
anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk
aktiviti seharian dengan penuh semangat?
12.
Tahukah
anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma,
kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan
kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan
kematian?
13.
Tahukah
anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian
pemiliknya?
14.
Tahukah
anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
15.
Tahukah
anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
16.
Tahukah
anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B,
vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
17.
Tahukah
anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada
kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
18.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi
hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
19.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan
antirematik?
20.
Percayakah
anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu
gerakan usus dan mencegah sembelit?
21.
Tahukah
anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
22.
Tahukah
anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
23.
Tahukah
anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah,
razizi, dan rabi’ah?
24.
Percayakah
anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal
adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih
dari 67 kalori?
25.
Percayakah
anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang
tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
26.
Percayakah
anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan
kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
27.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh
aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
28.
Percayakah
anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan
tubuh?
29.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang
berpuasa?
30.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan
dan mencegah konstipasi?
31.
Tahukah
anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
32.
Tahukah
anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan
saraf?
33.
Tahukah
anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan
diserap seperti glukosa?
34.
Tahukah
anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan
menormalkannya ketika prakelahiran?
35.
Tahukah
anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga
bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
36.
Tahukah
anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak
unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan
klorin?
37.
Tahukah
anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein,
18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
38.
Percayakah
anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg
daging?
39.
Tahukah
anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan
lain?
40.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta
menajamkan pandangan pada malam hari?
41.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan
infeksi?
42.
Percayakah
anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah
dan fosfor yang membantu proses berfikir?
43.
Percayakah
anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu
pertumbuhan dan menguatkan saraf?
44.
Percayakah
anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga
disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
45.
Percayakah
anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?
46.
Percayakah
anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana
dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
47.
Percayakah
anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat
beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
48.
Percayakah
anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana
mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
49.
Percayakah
anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan
kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang
melampaui batas?
50.
Tahukah
anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan
zat besi?
51.
Tahukah
anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya
pada anak-anak?
52.
Percayakah
anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga
dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
53.
Percayakah
anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat
hingga 4% pada kurma yang disimpan?
54.
Percayakah
anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada
kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap
100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?
Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Jaafar katanya:
"Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak."
Diceritakan oleh Jumaah bin
Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim
bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu
alaihi Wasallam bersabda:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"
No comments:
Post a Comment