Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat
simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa.
Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza,
ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki
ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak
digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau
sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa
sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus.
Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam
kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk
kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop
mohor mereka.
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan
menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada
kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah
mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan
kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan
simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan
simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut
Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa
Kebangsaan.
Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini
di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa
mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi
keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin
mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok
telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak
kira anda kaya atau miskin.
No comments:
Post a Comment