Salam hormat kepada semua pembaca Blog Kutip Cerita, this time KC nak share sedikit info berkenaan generasi komputer yang rata-rata kebanyakkan dari kita memang tak tahu langsung tentang pengenalan komputer dan sejarah kewujudan komputer itu sendiri.
PERMULAAN
ERA KOMPUTER.
Dari
zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa
lebih kurang 40 tahun.
GENERASI
PERTAMA (1951 - 1958)
Pada
tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford
Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama.
Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer).
Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah
mencipta ENIAC(Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada
tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300
pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang
dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal
Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan
komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan
secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC
I berfungsi menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman
komputer untuk memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga
elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini juga amat susah untuk di
selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa
mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah). Keupayaan storan
komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga 20000 aksara.
Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam “microseconds”
GENERASI
KEDUA (1959 - 1961)
Komputer
generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi
menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah
singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang
dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain
lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer
generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz
lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan
tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama.
Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi
iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL(1959). Manakala keupayaan
storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan
bekas cakera yang boleh digerakkan(removable disk cartridge).
Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.
GENERASI
KETIGA (1965 - 1970)
Komputer
pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu
litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil
bagi menggantikan transistor. Harga cip yang murah
menyebabkan perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan
harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar
elektrik yang mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada
beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh
komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE
II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi
1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep multiprogramming danmultiprocessing iaitu
beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang
sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya
dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan
di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini
menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan
berkembang. Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama
seperti "full size system" tetapi ia lebih kecil,
perlahan dan lebih murah.
GENERASI
KEEMPAT (1971 - Sekarang)
GENERASI
KELIMA
Komputer
generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum
diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh
beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana
negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat
mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan
(artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan
sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya
ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.
PENGELASAN
KOMPUTER
Pengelesan
komputer adalah mengikut kepada ukuran fizikal dan keupayaannya iaitu, seperti
superkomputer, komputer kerangka utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer atau
nama lainnya kerangka utama yang besar. Perkembangannya terhad
kepada beberapa ratus unit sahaja di seluruh dunia. Ini kerana harganya yang
amat mahal. Superkomputer mempunyai unit pemprosesan pusat yang kompleks dengan
keupayaan yang sangat pantas. Ia juga boleh memproses berbillion arahan per
saat (BIPS). Ia digunakan khas bagi menyelesailkan masalah
saintifik yang rumit dan canggih, contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC
CYBER205.
KOMPUTER
KERANGKA UTAMA
Komputer
Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun 40-an adalah
seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain lagi. Komputer jenis ini
kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang besar dan pusat pengajian tinggi.
Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan memproses sejumlah data yang banyak
dengan pantas dan tepat, berupaya memproses data pada kelajuan yang tinggi dan
berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga membenarkan komputer dikongsi oleh
beratus-ratus pengguna pada satu masa.
MINI
KOMPUTER
Mini
Komputer pula adalah lebih perlahan, berkeupayaan storan yang kurang dan
lebih murah daripada komputer kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh
gedung perniagaan, jabatan awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini
Komputer juga menggunakan konsep multiprogramming danmultiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP 3000, SEQUENT dan lain-lain lagi.
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer atau Komputer
peribadi pula mempunyai saiz yang kecil seperti desktop atau
laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama pada pertengahan tahun 1970-an.
Mikropemproses adalah menjadi asas bagi mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer
semakin meluas. Supermikro atau stesen kerja (workstation) telah
diperkenalkan. Ia merupakan sambungan di antara mikrokomputer dan mini komputer
yang berkeupayaan menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
No comments:
Post a Comment